Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya 2002, kurang berupaya bererti `penghalangan atau kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.'
Golongan kurang berupaya terdiri daripada individu yang mempunyai kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota, buta, pekak, bisu dan lumpuh atau kecatatan mental seperti celebral plasy, sindrom down dan autisme.
- Sebagai anggota masyarakat, golongan kurang upaya mempunyai hak dan kedudukan yang sama seperti golongan yang lain.
- Mereka berhak untuk diberikan pertolongan dan bantuan sewajarnya.
- Orang kurang upaya berhak untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
- Selain itu disediakan perkhidmatan yang khas untuk mereka seperti tandas orang kurang upaya, tempat letak kenderaan yang khas dan lain-lain.




Sebagai manusia, kita perlu saling berbakti kepada masyarakat..Di luar sana terdapat golongan kurang upaya yang mengharapkan pertolongan agar hak mereka terbela. Bantulah golongan Kurang Upaya agar mereka tidak disisihkan masyarakat .
ReplyDelete