Dunia
kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring
usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak
berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu
mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi
peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan
seimbang.
Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC)
pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali
mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan
37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara
kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama
kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:
- Hak untuk hidup
- Hak memperoleh perlindungan
- Hak berkembang
- Hak penyertaan
![]() |
- penjagaan
- pendidikan
- kemudahan asas
- advokasi
- perundangan
- perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.




kita sebagai dewasa perlu bantu kanak-kanak untuk dapat hak mereka.
ReplyDelete