Friday, 11 October 2013

HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya


Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya 2002,  kurang berupaya bererti `penghalangan atau kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.' 


Golongan kurang berupaya terdiri daripada individu yang mempunyai kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota, buta, pekak, bisu dan lumpuh atau kecatatan mental seperti celebral plasy, sindrom down dan autisme.

  • Sebagai anggota masyarakat, golongan kurang upaya mempunyai hak dan kedudukan yang sama seperti golongan yang lain. 
  • Mereka berhak untuk diberikan pertolongan dan bantuan sewajarnya.
  • Orang kurang upaya berhak untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
  • Selain itu disediakan perkhidmatan yang khas untuk mereka seperti tandas orang kurang upaya, tempat letak kenderaan yang khas dan lain-lain.

JACLYN VICTOR - WAJAH



Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Thursday, 10 October 2013

HAK ASASI KANAK-KANAK



Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. 

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:
  • Hak untuk hidup
  • Hak memperoleh perlindungan
  • Hak berkembang
  • Hak penyertaan
 Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut:
  • penjagaan
  • pendidikan
  • kemudahan asas
  • advokasi
  • perundangan
  • perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.  



Monday, 30 September 2013

DEFINISI


Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian meruah manusia. -Kofi Anan

Senarai Hak Asasi termasuk:
  • Hak asasi Kanak-kanak
  • Hak asasi Wanita
  • Hak asasi Orang Kurang Berupaya
  • Hak asasi Pengguna